Monday 4 February 2013

senyum selalu....................

Kepada yang tidak tahu senyuman adalah ekspresi muka yang anda tunjukkan bila anda berasa senang atau gembira. Terdapat pelbagai jenis senyuman yang boleh digunakan pada masa-masa dan situasi tertentu. Contohnya seperti senyuman manis, senyuman nakal dan lain-lain lagi. Dalam post ini kami nak kongsikan 17 jenis senyuman dan masa-masa atau situasi yang sesuai untuk menggunakannya. sweet smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya senyuman manis Senyuman yang boleh mencairkan jiwa dan raga. Sekali terkena pasti akan teringat sampai bila-bila. Sangat sesuai dijadikan senjata bila nak minta pertolongan atau minta apa-apa. Susah nak tolak permintaan yang disertakan dengan senyuman manis ini hehe i am in love smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman dilamun cinta Sama lebih kurang macam senyuman angau dan sangat mudah untuk dikenalpasti. Disebalik senyuman ini biasanya terpancar aura cinta dan kebahagiaan yang tulus dan tulen. Biasanya berlaku pada orang yang dilamun cinta tak kisah la cinta pada kekasih, cinta pada binatang peliharaan hatta cinta pada kereta baru pon boleh. beautiful smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman yang paling cantik sekali! Ini adalah senyuman yang boleh membuatkan jantung anda terhenti. Senyuman ini tidak boleh diwarisi atau dipelajari. Hanya boleh dilakukan oleh insan-insan terpilih dan teristimewa sahaja haha. Lagi hebat kalau disertakan dengan lesung pipit! PERGGHHHHHh *pengsan* i am so happy smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman gembira Senyuman yang menggambarkan keriangan dan kegembiraan. Tiada lagi penerangan diperlukan haha thoughtful smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
thoughtful smile (tak dapat fikir perkataan BM yg sesuai) Tiada eye contact dalam senyuman ini kerana anda sibuk berada di alam fantasi memikirkan sesuatu yang tiada di depan mata. Biasanya diakibatkan oleh kerinduan pada seseorang atau teringat memori indah bersama yang tersayang. Terasa seperti anda berada dalam situasi yang sama dengan memori indah itu maka lahirlah senyuman ini. wise smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman serba tahu Semakin anda meningkat dewasa dan matang semakin hebat anda dapat menggunakan senyuman ini. Kerana dada anda dah dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman. Ia sennyuman yang menunjukkan tentang pengalaman dan pengetahuan yang anda telah timba sepanjang hidup. smile in the eyes 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman dengan mata yang bersinar Mata anda dapat menggambarkan segalanya. Dipenuhi dengan sinaran kegembiraan, keriangan dan kegairahan. Tidak perlu penerangan lain i am the boss smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya senyuman "I 'm the boss" Senyum sambil cakap dalam hati “So what? I ‘m the boss.” lucky smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman bertuah Senyum sambil ada sedikit perasaan malu-malu sambil berbisik dalam hati ” saya bertuah lagi hikhikhik” amused smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman geli hati Cuba teka dalam gambar di atas mana satu senyuman yang geli hati mana satu senyuman yang tak geli hati langsung haha. naughty smile 17 Jenis Senyuman dan Situasi yang Sesuai untuk Menggunakannya
senyuman nakal Senyuman yang nakal dan ada niat jahat tersembunyi hehehe. Kanak-kanak dianugerahkan bakat semulajadi yang sangat hebat untuk memberikan senyuman sebegini haha.
senyuman ku paling penting....................